18 December 2011

belom ade tajuk

"Maaf." Iza memohon kemaafan.
"Itu je lah yang awak tahu. Maaf, Maaf, Maaf! Tak ada ke perkataan 'or' ayat lain yang awak bole guna selain dari perkataan 'maaf' itu?" gertak Sid..
"Err, 'Sorry'.. " Iza menjawab soalan itu sambil dalam hatinya sempat lagi mengutuk bos sendiri, 'apa lagi lah yang tak kena dengan orang tua ni? nak makan penampau aku gamaknye'
"Cik Rafiza!! Bukan ke 'sorry' dan 'maaf' itu sama je?" soal Sid.
"Eh, bukan lain ke? Kan ejaannya tak sama..cuba bos tengok ni. S.O.R.R.Y  yang ni pulak M.A.A.F.. tak ke beza tu? hehe.." Rafiza menjawab dengan selamba sambil tersengih.
"Awak ni kan Iza, ada je idea awak nak mengelak soalan saya kan?" Sid bertanya lagi.. Dia tidak mampu untuk menjawab lagi loyar buruk si Iza ni.. Makin di layan boleh jadi mereng agaknya,dia berlalu sambil menggelengkan kepalanya.
"Encik Sid!! Nak kemana tu??" Jerit Iza dan seraya itu, Sid menoleh dan mengerutkan dahinya..
".. ni kan bilik encik.. sepatutnya saya yang keluar, bukan encik.." bebel Iza.
"PAP!!!!! " Sid menepuk dahinya.'aduh! macam mane aku boleh terlupa yang ini bilik aku? yang aku keluar pulak ni kenapa? '
"Err, ... hehe" kini giliran Sid pula yang tersengih.
" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya encik" Iza masih lagi tersenyum..
" Yelah, " jawab Sid dan akhirnya memerhatikan setiausahanya itu berlalu pergi.

_________*******************************************************___________

Di kala ini, hujan baru saja teduh, Iza merancang untuk keluar sebentar. Dia menyarungkan t-shirt tanpa lengan, serta berseluar jeans dan.. cardigan hitam itu pasti tidak dilupakan olehnya. Setelah bersiap, dia terus mengambil kunci kereta dan beg sandang edisi khas Manchester United F.C. dia menghidupkan enjin keretanya dan mengambil telefon bimbitnya dan menekan sepuluh digit nombor.

"Assalamualaikum. weh mangkuk! kau kat mana? aku bagi masa 20minit untuk kau bersiap, lepas tu aku ambil kau kat depan rumah. So, ape lagi, gerak la!" lancar saja ayat itu keluar dari bibir Iza, setelah meletakkan telefon disisinya, dia meneruskan perjalanan ke rumah sahabatnya, atau lebih mesra sebagai kembarnya. Setiap apa sahaja aktiviti, pasti mereka akan melakukannya bersama. Tidak kira sama ada makanan kegemaran mahupun aktiviti bercuti pasti akan dilakukan bersama.

2 comments: