19 December 2011

still x taw lagi tajoknye...

Iza sampai di rumah Am setelah hampir 15minit memandu. Dari jauh Iza ternampak kelibat Am yang sedang menunggunya.
" Ya pak.. mau kemana? " Iza memulakan bicara.
"Banyak la pak kau. kita nak pergi mana sebenarnya ni? " soal Am pula.
"Jom 'mapley'! "

Mereka berjalan seiring ke kedai makan yang selalu dikunjungi mereka saban waktu.. Malam ini tidak begitu ramai orang disitu dan Iza terlihat satu tempat yang kosong, dan terus menuju kesana. Setelah memesan minuman serta makanan, Am mula bersuara.

"Weh minah! Kau kenapa ajak aku keluar malam ni? ape 'cer'?" soal Am
" Aku bengang la. Mamat tua kat 'opis' tu cari pasal dengan aku je satu hari ni. 'ntah' apa lagi yang tak kena dengan dia pun aku tak tahu la.. .. apa? dia fikir dia punya kepala angin je nak kira.?? kepala angin aku ni? nak campak mana pulak?" bebel Iza meluahkan perasaannya itu.

18 December 2011

belom ade tajuk

"Maaf." Iza memohon kemaafan.
"Itu je lah yang awak tahu. Maaf, Maaf, Maaf! Tak ada ke perkataan 'or' ayat lain yang awak bole guna selain dari perkataan 'maaf' itu?" gertak Sid..
"Err, 'Sorry'.. " Iza menjawab soalan itu sambil dalam hatinya sempat lagi mengutuk bos sendiri, 'apa lagi lah yang tak kena dengan orang tua ni? nak makan penampau aku gamaknye'
"Cik Rafiza!! Bukan ke 'sorry' dan 'maaf' itu sama je?" soal Sid.
"Eh, bukan lain ke? Kan ejaannya tak sama..cuba bos tengok ni. S.O.R.R.Y  yang ni pulak M.A.A.F.. tak ke beza tu? hehe.." Rafiza menjawab dengan selamba sambil tersengih.
"Awak ni kan Iza, ada je idea awak nak mengelak soalan saya kan?" Sid bertanya lagi.. Dia tidak mampu untuk menjawab lagi loyar buruk si Iza ni.. Makin di layan boleh jadi mereng agaknya,dia berlalu sambil menggelengkan kepalanya.
"Encik Sid!! Nak kemana tu??" Jerit Iza dan seraya itu, Sid menoleh dan mengerutkan dahinya..
".. ni kan bilik encik.. sepatutnya saya yang keluar, bukan encik.." bebel Iza.
"PAP!!!!! " Sid menepuk dahinya.'aduh! macam mane aku boleh terlupa yang ini bilik aku? yang aku keluar pulak ni kenapa? '
"Err, ... hehe" kini giliran Sid pula yang tersengih.
" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya encik" Iza masih lagi tersenyum..
" Yelah, " jawab Sid dan akhirnya memerhatikan setiausahanya itu berlalu pergi.

_________*******************************************************___________

Di kala ini, hujan baru saja teduh, Iza merancang untuk keluar sebentar. Dia menyarungkan t-shirt tanpa lengan, serta berseluar jeans dan.. cardigan hitam itu pasti tidak dilupakan olehnya. Setelah bersiap, dia terus mengambil kunci kereta dan beg sandang edisi khas Manchester United F.C. dia menghidupkan enjin keretanya dan mengambil telefon bimbitnya dan menekan sepuluh digit nombor.

"Assalamualaikum. weh mangkuk! kau kat mana? aku bagi masa 20minit untuk kau bersiap, lepas tu aku ambil kau kat depan rumah. So, ape lagi, gerak la!" lancar saja ayat itu keluar dari bibir Iza, setelah meletakkan telefon disisinya, dia meneruskan perjalanan ke rumah sahabatnya, atau lebih mesra sebagai kembarnya. Setiap apa sahaja aktiviti, pasti mereka akan melakukannya bersama. Tidak kira sama ada makanan kegemaran mahupun aktiviti bercuti pasti akan dilakukan bersama.

18 November 2011

haluuuuu DUNIA!!~

thanks for viewing this blog..


this is another blog of mine.. i made this blog just specially for me to publish my novel here... so, you will pleased to view it more. perhaps u will like it. if there any comments, just leave it here in my chat box, and i will reply it as soon as i can. TQ.




=======**********************************************=======




terima kasih kerana mengunjungi blog ini..


ini adalah sebuah lg blog yg dimiliki oleh saye.. saye wat blog ni khas untuk saye coretkan setiap nukilan saye.. dengan ini saye berharap agar koang sudi le nengok lg yep.. jika ada komen atau pendapat... bole la tinggalkan kat chat box saye k, dan insyaAllah saye akan cuba untuk membalas secepat yg mungkin..  trimasss!!!!!~